ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم
Menjauhkan umat Islam daripada rujukan utama mereka ( Al-Quran & Sunnah ) itu memanglah sangat disukai oleh musuh2 Islam.
Berikut dilampirkan sesalinan mesej yang harus sangat untuk dikongsikan rakan sekelian. Petikan sabda Rasullullah yang disokong oleh Kitab Ilmu Rujukan.
عن ابن عباس رضي الله عنه،
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
علقوا السوط حيث يراه أهل البيت فإنه أدب لهم.
- رواه الطبراني في الكبير، بسند حسن.
- ورواه البزار عنه بلفظ : ضع السوط حيث يراه الخادم.
- ورواه البخاري في الأدب المفرد.
- ورواه أبو نعيم عن ابن عمر.
Dari Ibnu Abbas r.a,
Rasulullah s.a.w bersabda :
" Gantunglah rotan di rumah kamu supaya dilihat oleh penghuni rumah, maka sesungguhnya rotan itu mengadabkan mereka. '
Riwayat At-Tobrani di dalam kitab Al-Kabir, dengan sanad HASAN.
Riwayat Al-Bazar dengan lafaz " Letakkan Rotan Di Rumahmu Supaya Dilihat Oleh Orang Yang Khidmat Bagimu ".
Riwayat Al-Bukhari di dalam kitab Adabul Mufrad.
Riwayat Abu Nuaim dari Ibnu Umar r.a.
.
.
.
=============
Dalil Pukul Anak
=============
" Perintahkan anakmu solat pada usia tujuh tahun, dan pukullah ketika pada usia sepuluh tahun jika ia meninggalkan solat dan pisahkan tempat tidurnya”.
( HR Ahmad dan Abu Daud dan Hakim dari ibn ‘Umar r.a )
" Pukullah ..." - Bermaksud pukulan yang mendidik iaitu merotan tapak kaki sebagai peringatan ... BUKAN memukul ikut nafsu amarah.
====================================
Tips Had Mengangkat Tangan Ketika Merotan
====================================
01. Jgn melebihi paras ketiak.
02. Umpama mengepit buku di celah ketiak.
03. Jangan jatuh buku masa angkat tangan.
04. Pukul bukan ikut nafsu..
05. Anak tu amanah Allah..
06. Anak itu penghuni Syurga..
07. Jangan sampai kita dilaknati kerana menzalimi mereka pula.
.
.
.
Wallahua'lam.
0 Comments