Sumber : GoldPlayer Community
.
.
.
Dinar emas merupakan mata wang berasaskan emas yang dicadangkan digunakan di seluruh dunia terutama di negara-negara Islam.
Istilah ini dipilih kerana berteraskan mata wang Islam yang pernah digunakan di negara Madinah al-Munawwarah pada zaman Nabi Muhammad lagi, iaitu dinar.
Dinar emas telah diperluaskan lagi pada zaman Khulafa Al Rasyidin yang tersebar dari Afrika Utara, Andalusia hinggalah ke Bukhara, Delhi dan Asia Tenggara kemudiannya.
Dr Mahathir bin Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia telah melihat kebaikan dinar emas untuk digunakan sebagai wang seragam dan sama nilai sejak 2003 lagi. Tetapi pada ketika gagasan ini agak baru, di pandang remeh dan dilihat sebagai saingan dan meniru euro dolar di Eropah.
Dinar emas disasarkan kepada negara-negara Islam yang menyertai OIC. Dinar emas diharap menjadi mekanisme pasaran global yang dapat mengatasi masalah penyangak mata wang yang berleluasa di setiap pasaran saham. Negara-negara Islam yang banyak mengeksport petroleum diharap dapat menjayakan wawasan murni yang pernah digunakan oleh Rasulullah.
Republik Turki yang diketuai Mustafa Kamal Ataturk telah membatalkan penggunaan dinar emas sebagai mata wang dan menukarnya dengan syiling dari barat pada 1924.
.
.
.
Emas Disebut Beberapa Kali Di Dalam Al Quran dan Hadis
.
.
.
Beberapa perkataan dinar dan dirham tercatat dalam Al Quran :
"Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya ( dengan sempurna ) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya".
( Surah Ali Imran : 75 )
"Dan ( setelah berlaku perundingan ), dan adik beradik Nabi Yusuf telah menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja..."
( Surah Yusuf:20 )
Beberapa perkataan dinar dan dirham tercatat dalam Hadis Rasulullah SAW:
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham ( untuk digunakan ).
Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal
"Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba. dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu.
( Hadis )
Yang paling besar pahalanya ( di sisi Allah ) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk ( memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup ) ahli keluarga kamu."
( Hadis )
.
.
.
Antara Kebaikan-Kebaikan Emas
.
.
.
Emas dan perak merupakan wang yang paling stabil pernah digunakan manusia.
Daripada awal tamadun Islam sehingga hari ini, nilai emas dan perak sangat stabil serta sangat menarik perhatian. Seekor ayam berharga 1 dirham ketika zaman Nabi Muhammad SAW, zaman perkembangan Islam negeri Arab serta zaman ketamadunan khalifah Islam; hari ini seekor ayam masih berharga 1 dirham dikebanyakan tempat diseluruh dunia apabila dibandingkan dengan nilai harga ayam runcit semasa.
Sekaligus, ini menunjukkan inflasi sifar dalam jangka masa 1400 tahun.
Ia membuktikan bahawa di dalam jangka masa panjang emas dan perak merupakan penyimpan nilai yang unggul. Kuasa beli emas dan perak masih dikekalkan. Inilah kelebihan emas dan perak. Selain itu, emas dan perak tidak boleh dicetak sesuka hati oleh kerajaan menyebabkan nilainya tidak mungkin jatuh seperti wang kertas.
Oleh yang demikian, menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas adalah kaedah terbaik dan terunggul. Nilai emas dan perak tidak perlu disandarkan kepada mana-mana kerajaan. Ianya bukanlah liabiliti mana-mana pihak. Semua bentuk aset kertas, contohnya bon, saham termasuk deposit bank adalah merupakan 'janji untuk membayar hutang'. Nilainya tertakluk kepada andaian pelabur bahawa janji pembayaran akan dilakukan.
Sejarah menunjukkan bahawa aset-aset kertas ini boleh gagal sepertimana yang berlaku kepada bon dan wang kertas peso Mexico. Emas pula tidak tertakluk kepada mana-mana sistem kewangan dunia. Apa pun yang berlaku, emas tetap mengekalkan nilainya. Ini dapat dilihat daripada pengalaman manusia selama 5000 tahun di samping logam ini.
Tujuannya bagi mengurangkan penipuan dan manipulasi mata wang. Mata wang sedia ada seperti dolar Amerika, bath Thailand mahupun ringgit mudah dimanipulasi dan mudah disalahgunakan.
Dinar emas pernah digunakan sebagai piawai bagi mata wang dunia ribuan tahun lamanya.
Wang kertas dolar pada mulanya disandarkan kepada nilai emas. Tetapi kemudian sandaran emas ini tidak lagi digunakan.
Akibatnya wang kertas dan syiling asyik turun dan naik dan sukar untuk memantapkannya.
Semasa Perang Vietnam 1969-1975, Amerika Syarikat dikatakan mencetak wang kertas dolar untuk menampung kos peperangan. Wang kertas dolar ini dilarang masuk ke Amerika Syarikat semula.
.
.
.
Perbandingan Antara Matawang & Emas
.
.
.
Dolar Amerika diterima di kebanyakan negara terutama di negara-negara sedang membangunan tetapi harga pasarannya tidak menentu dan berubah-ubah dengan cepat. Ada dakwaan mengatakan mata wang ini dicetak dengan jumlah yang banyak di luar negara Amerika tetapi tidak dibenarkan dibawa masuk ke negara Amerika sendiri.
Euro Dolar telah dilaksanakan di 21 buah negara ahli Kesatuan Eropah dan setakat ini menampakkan kejayaan untuk menstabilkan harganya. Serba Sedikit Tentang Penggunaan Emas Di Malaya, Tanah Melayu & Malaysia. Pada 2003 Bank Negara Malaysia telah memperkenalkan wang emas yang dikilang oleh The Royal Mint. 20 September 2006 Kerajaan Negeri Kelantan telah menjual kepingan-kepingan dinar yang dibuat daripada emas tulen 22 karat ( 4.25 gram ).
Di Tanah Melayu, kerajaan Kelantan pernah membayar ufti kepada Siam di Ligor. Ufti ini dalam bentuk bunga-bunga yang diukir daripada emas. Kerajaan Melayu Melaka juga dikatakan pernah membayar ufti kepada Siam dan China. Ufti ini dalam bentuk pokok bunga daripada emas.
.
.
.
Kekangan / Sekatan / Penghalang Kepada Kewujudan Semula Penggunaan Emas Sebagai Kuasa Beli
.
.
.
Perjanjian perdagangan antarabangsa menghalang penggunaan emas dan perak sebagai mata wang.
Kekurangan kemahiran teknikal untuk mementukan nilai emas. Nilai emas juga turun dan naik mengikut harga pasaran semasa. Ada emas palsu dan emas celup yang terdedah kepada unsur-unsur penipuan.
Dinar emas mampu menyaingi sistem monetari konvensional.
Kononnya dinar emas berat berbanding syiling semasa. Jika jumlah yang banyak, ia mudah terdedah kepada rompakan, dileburkan dan tidak dapat dikesan lagi.
Jumlah kepingan dinar emas di dalam pasaran tidak dapat dipastikan kerana banyak bengkel boleh mencairkannya untuk dijadikan barang perhiasan.
Dinar emas tidak dapat dibawa keluar negara dan nilainya sukar ditentukan kerana tidak menjadi satu kelaziman di peringkat antarabangsa, jika dibandingkan dengan dolar Amerika.
Perkembangan semasa menunjukkan wang kertas dan wang syiling telah diganti dengan cek dan kad kredit dan lain-lain 'wang maya'.
.
.
.
Cadangan Penggunaan dan Menggalakkan Penggunaan Emas
.
.
.
Dinar emas boleh dimulakan oleh masyarakat di Malaysia dengan beberapa cara permulaan iaitu :
> muamalat ( jual-beli )
> simpanan aset dalam bentuk dinar emas
> mas kahwin
> membayar zakat
> pemberian hadiah
> sedekah kepada fakir miskin dan anak yatim
> harta cagaran di pusat gadaian ar-Rahnu
> upah kepada perkhidmatan
> sumbangan tertentu
> lain-lain situasi yang munasabah
.
.
.
Kita Yakin Dosa dan Pahala.
Kita Yakin Syurga dan Neraka.
Kita Yakin Al Quran dan Sunnah.
Percayakah kita akan sabda Nabi ???
" Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham ( untuk digunakan ) ".
.
.
.
Bukan soalan ini yang perlu kita tanya ...
" Betul ke ? "
Tetapi tanyalah soalan ini ...
" Sudah bermula atau belum ? "
Tak Kiralah Emas Apapun Asalkan Bukan Emas Tiruan dan Cukup Sifat Akadnya
" Beli Emas Dapat Emas "
Wallahu'alam
- Semoga Bermanfaat -

0 Comments