Pertanyaan Anda ?

Hari Ini Dalam Sejarah - From Belgium With Love - Kunjungan Tidak Rasmi

بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم
ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah, suatu keberuntungan buat para pelajar dan guru. Pagi tadi pada jam lebih kurang XX:XX ( rasanya ), kami mendapat kunjungan tanpa diduga.

Mungkin bukanlah suatu kunjungan yang gilang-gemilang bagi anda para pembaca sekalian, namun adalah sesuatu yang bermakna dan sangat bernilai buat kami semua khususnya para pelajar yang mungkin belum pun cukup faham apa sebenarnya yang terjadi dan sedang berlaku.

Sebenarnya kami dikunjungi oleh sebuah keluarga yang amat peka dan prihatin akan institusi pembelajaran sekitaran mereka. Seramai 6 orang. Beliau, isteri dan bersama 4 lagi puteri mereka.

1. Mr.
2. Mdm.
3. Mrs.
4. Mrs.
5. Mrs.
6. Mrs.

Dimaklumkan bahawa famili ini datangnya dari negara Belgium. Menyewa salah sebuah homestay di Bandar Perda. Ketua keluarga ( bapa ) adalah seorang guru juga. Sepertimana diberitahu awal pagi tadi, beliau berkhidmat di International School ( Nama Tepat Tidak Ditanya ).

Apa yang sangat menarik perhatian ialah beliau sekeluarga berminat untuk meninjau dan menyelami suasana pembelajaran dan aktiviti para pelajar hari ini di Tabika Perpaduan Pangsapuri Permata, Bandar Baru Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

✌ ✌ ✌ ✌ ✌ ✌ ✌ ✌ ✌ ✌ ✌ ✌

Post a Comment

0 Comments