Pertanyaan Anda ?

Resipi Aiskrim Soda Sakura


AISKRIM Malaysia memang mengimbau nostalgia dan kegemaran ramai. Pelbagai perisa boleh dibuat sendiri di rumah. Lebih-lebih lagi kalau cuaca panas, memang larislah.

Trend aiskrim homemade perisa Choki Choki, Sumi dan Nutella dah berlalu, sekarang Aiskrim Soda Sakura pula viral. Bukan sahaja sedap, aisnya juga halus dan enak dinikmati!



Resipi asal daripada TikToker Khuzy, ia dikongsikan semula oleh Affieyza Isahak di Facebook ini tular sekelip mata dengan lebih 1,200 share.

“Tonton satu perkongsian video di TikTok oleh @Khuzy. Nampak cantik macam ikan kecil-kecil tetapi rupanya cebisan buah laici yang telah diwarnakan.

“Kombinasi air laici dan air aiskrim soda memang terbaik! Rasa macam jeruk laici bila aiskrim sedia dimakan. Masam-masam manis!” katanya.


Resipi Aiskrim Soda Sakura



BAHAN-BAHAN

1 tin laici dalam tin

1 boto air aiskrim soda

Air gula ( boleh tambah ikut kemanisan tekak sendiri sebab bila air dah beku, rasa manis akan kurang )

1 sudu tepung jagung ( larutkan dengan air )

Plastik aiskrim

Pewarna pilihan

1.Campurkan air laici dan gula serta bancuhan tepung jagung.

2.Masak dengan api sederhana sehingga gula larut.

3.Tuangkan ke dalam air aiskrim soda dan kacau sebati.

4.Carikkan buah laici kemudian bahagi kepada beberapa bahagian dan letak pewarna yang disukai.



5.Biarkan sebentar kemudian bilas dan sejatkan air.



6.Masukkan buah laici pelbagai warna dan bancuhan air tadi ke dalam plastik.



7.Ikat kemas dan boleh masukkan dalam peti ais. Biarkan ia sejuk dan keras. Siap!

 

Selamat mencuba!

Post a Comment

0 Comments