Tarikh Pembayaran Yuran Bulanan

Tarikh Pembayaran Yuran Bulanan
PERUTUSAN

Pengarah JPNIN Penang


Salam Sejahtera,
Salam Perpaduan,
Salam 1 Malaysia.
Masa terus berdetik, berlalu tanpa menunggu sesiapa. Begitu pantas 2012 melewati kita. Kedatangan Tahun Baru 2013 disambut dengan penuh kesyukuran dan membuka lembaran baru yang diharap dapat memberi inspirasi yang mendorong setiap warga JPNIN Pulau Pinang untuk menjayakan misi dan visi Jabatan yang selaras dengan matlamat Jabatan iaitu “Membudayakan Perpaduan, Meraikan Kepelbagaian”.
Tahun 2013 akan menghadapkan kita semua dengan uiian dan cabaran baru. Terutamanya dari segi aspek perpaduan. Justeru itu, `Gagasan 1Malaysia` yang diuar-uarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dapat membawa aspirasi untuk meningkatkan hubungan antara kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalinkan perpaduan yang lebih erat. Bagi menjayakan konsep 1Malaysia pengekalan hubungan positif antara kaum secara holistik adalah amat penting untuk memelihara kesejahteraan dan keharmonian dikalangan rakyat Malaysia.
Selaras dengan itu, JPNIN Pulau Pinang mengharapkan agar perpaduan yang dikecapi selama ini akan terus mekar dan segar diseluruh Pulau Pinang secara amnya dan khususnya seluruh Malaysia. Semangat perpaduan bukan sahaja memperkasakan perhubungan antara kaum tetapi juga membina permuafakatan yang sebenar. Oleh itu, JPNIN dalam konteks ini memainkan peranan yang amat penting dalam mengeratkan lagi perhubungan dan persefahaman antara kaum melalui aktiviti yang bertunjangkan kepada Rukun Negara dan Perlembagaan Negara Malaysia.
Oleh yang demikian saya bersama warga kerja JPNIN Pulau Pinang akan berusaha untuk melaksanakan aktiviti yang memupuk semangat kekitaan, kerjasama dan mengeratkan lagi perpaduan kepada semua masyarakat di Negeri Pulau Pinang.
Akhir kata, saya mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua pihak yang banyak membantu JPNIN Pulau Pinang dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan dan sentiasa mengalu-alukan idea yang membina dan saranan yang bernas dari  semua pihak dalam meningkatkan prestasi yang boleh dibanggakan. Jadikan 1Malaysia sebagai satu konsep holistik yang merangkumi perpaduan, kemakmuran, kesejahteraan dan keamanan untuk semua. Ia adalah kesinambungan usaha Kerajaan untuk membina negara bangsa yang bersatu padu, mempunyai jati diri yang utuh dan mencintai Negara Malaysia yang aman dan makmur.
Bersatu Kita Maju.


BEH SANG HOW
PENGARAH JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL
PULAU PINANG

0 Ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Badge

Arkib Blog

Tentang Tabika Perpaduan

Jabatan Perpaduan dan Integrasi nasional ( Seberang Perai tengah, Pulau Pinang )
---------------------------------
01. Info Tabika Perpaduan
---------------------------------

Tabika Perpaduan ( Taman Bimbingan Kanak-kanak ) mula diperkenalkan pada tahun 1976 di bawah Rancangan Perhubungan Masyarakat iaitu sebanyak 25 buah kelas ditubuhkan sebagai projek rintis. Ia diwujudkan di bandar dan pinggir bandar khususnya kawasan yang mempunyai Rukun Tetangga. Tabika Perpaduan dilaksanakan bagi menyediakan pendidikan awal kanak-kanak berumur 4 – 6 tahun bagi membolehkan mereka menghayati nilai-nilai perpaduan, hidup bermasyarakat serta persediaan ke alam persekolahan kelak.

Bacaan Terbaru