Pertanyaan Anda ?

Salam Cium Tangan vs Salam Hantuk Kepala

Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dn Salam 1Malaysia.

Selamat pagi buat semua. Berkisar tajuk jari ini, ingin diulas sedikit perihal Salam Cium Tangan berlawan dengan Salam Hantuk Kepala dikalangan kita bangsa yang dikatakan tinggi pekerti dan adab sopannya.

Sekian hari makin kerap dan sangat kerap kita diperliatkan akan perubahan etika di dalam salam bersalaman. Adapun terlalu banyak hadith yang menyatakan ketidakbolehan bersalaman disertakan dengan tunduk dan cium.

Berbalik kepada kisah sepertimana tajuk di atas ... apabila diperhatikan secara rambang sekalipun kedapatan kini ramai dikalangan manusia khususnya bangsa Melayu semakin merisaukan ( secara peribadinya ).

Aktiviti bersalaman itu baik malah sunnah dan selebihnya itu ada yang mengatakan bidaah. Namun di dalam penulisan hari ini, akan merujuk kepada tindak tanduk anak-anak muda masa kini dalam melakukan salam.

Jika diperhatikan secara sedar mahupun sebaliknya, secara peribadinya ... dilihat salam cium tangan itu suatu kebiasaan sebagai tanda menghormati. Terutamanya kita berkisar tentang "ibubapa" @ "penjaga".

Salam Cium Tangan sudah ditukar kepada Salam Hantuk Kepala. Apakah tanda ini membawa maksud tersurat dan tersirat akan dunia generasi akan datang ?

Adakah suatu ketika dahulu ianya hanya dipandang sebagai adat atau kebiasaan ?

Atau Salam Cium Tangan ( IbuBapa / Penjaga ) itu suatu yang bidaah ?

Secara jujurnya melihat kepada perkara ini berbalik kita kepada kuasa didikan seawalnya di rumah. Bagaimana kita mencorakkan dunia generasi akan datang.

Adakah perkara ini remeh temeh untuk diperbincangkan ? atau hanya ilusi penulis ? atau ada dikalangan pembaca yang mungkin setuju bahawa Salam Cium Tangan itu adalah didikan yang sepatutnya wajib dipraktikkan ?

Walaubagaimanapun, seperti diperkatakan seawal tulisan, terdapat banyak hadith yang melarang akan cium tangan kerana akan menimbulkan riak / sombong.

Adapun demikian, bagaimana pula jika kepada kedua orangtuanya. Adakah ini satu bidaah ?. Bukankah seorang anak itu perlu malah jatuh wajib menghormati kedua orangtuanya.

Jika dipandang kepada perlakuan Salam Hantuk Kepala, penulis menterjemahkan bahawa ... yang bersalam mengisyaratkan bahawa "kepalanya keras" hingga boleh dihantukkan ke tangan.

Apakah tanggapan ini menimbulkan pandangan berbeza ?. Ulasan berilmiah demi memartabatkan ummat Nabi Muhammad khususnya generasi orang Melayu akan datang amatlah diharapkan. Setidak-tidaknya membangkitkan kesedaran yang mana sebelum ini dipandang sepi.

Berikut adalah petikan karangan di salah satu blog yang penulis kunjungi ( sebenarnya terlalu banyak ) ... penulis blog tersebut menulis sepertimana yang berikut :-

#################################
AHAD, 23 SEPTEMBER 2012

Hukum Mencium Tangan Dan Membongkokkan Badan Ketika Bersalaman

www.ilmusunnah.com

[ Pertama ] Hukum Mencium Tangan

Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah ( Wafat : 1420H ) mengatakan:

و أما تقبيل اليد ، ففي الباب أحاديث و آثار كثيرة ، يدل مجموعها على ثبوت ذلك
عن رسول الله صلى الله عليه وسلم ، فنرى جواز تقبيل يد العالم إذا توفرت الشروط
الآتية:

1 - أن لا يتخذ عادة بحيث يتطبع العالم على مد يده إلى تلامذته ، و يتطبع هؤلاء
على التبرك بذلك ، فإن النبي صلى الله عليه وسلم و إن قبلت يده فإنما كان ذلك
على الندرة ، و ما كان كذلك فلا يجوز أن يجعل سنة مستمرة ، كما هو معلوم من
القواعد الفقهية .

2 - أن لا يدعو ذلك إلى تكبر العالم على غيره ، و رؤيته لنفسه ، كما هو الواقع
مع بعض المشايخ اليوم .

3 - أن لا يؤدي ذلك إلى تعطيل سنة معلومة ، كسنة المصافحة ، فإنها مشروعة بفعله
صلى الله عليه وسلم و قوله ، و هي سبب تساقط ذنوب المتصافحين كما روي في غير ما حديث واحد ، فلا يجوز إلغاؤها من أجل أمر ، أحسن أحواله أنه جائز .

“ Berkaitan mencium tangan; dalam soal ini terdapat banyak hadis dan atsar dari kalangan salaf yang secara keseluruhan menunjukkan bahawa hadis tersebut sahih dari Nabi. Oleh sebab itu, kami berpendapat dibolehkan mencium tangan seorang ulama ( yang ahli sunnah, bukan ahli bid’ah – pent. ) jika memenuhi beberapa syarat berikut ini.

1. Perbuatan mencium tangan tersebut tidak dijadikan sebagai kebiasaan. Sehingga ulama tertentu terbiasa menghulurkan tangannya kepada murid-muridnya. Demikian juga para murid terbiasa mengambil barakah dengan mencium tangan gurunya. Ini kerana Nabi sendiri jarang sekali tangannya dicium oleh para shahabat. Jika demikian maka tidak boleh menjadikannya sebagai kebiasaan yang dilakukan terus-menerus sebagaimana kita ketahui dalam perbahasan kaedah-kaedah fiqh.

2. Perbuatan mencium tangan tersebut tidaklah menyebabkan ulama tersebut merasa sombong dan merasa lebih baik daripada yang lain serta menganggap dirinyalah yang paling hebat berbanding yang lain.

3. Perbuatan mencium tangan tersebut tidak menyebabkan hilangnya sunnah Nabi yang sudah diketahui seperti sunnah bersalaman. Bersalam atau berjabat tangan adalah satu amal yang dianjurkan berdasarkan perbuatan dan sabda Nabi. Bersalaman tangan adalah salah satu sebab gugurnya dosa-dosa orang yang melakukannya sebagaimana terdapat dalam beberapa hadis. Oleh itu, tidak sepatutnya sunnah berjabat tangan ini ditinggalkan kerana mengejar suatu amalan yang hanya berstatus mubah ( dibolehkan ).”

( Silsilah al-Ahaadits ash-Shahihah 1/159, Maktabah Syamilah )

[ Kedua ] Membongkokkan atau menundukkan badan sebagai penghormatan

Hadis daripada Anas B. Malik radhiyallahu ‘anhu, Kami bertanya kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيَنْحَنِي بَعْضُنَا لِبَعْضٍ قَالَ لَا قُلْنَا أَيُعَانِقُ بَعْضُنَا بَعْضًا قَالَ لَا وَلَكِنْ تَصَافَحُوا

“ Wahai Rasulullah, adakah sebahagian kami boleh membongkokkan ( atau menundukkan ) badan kepada sebahagian yang lain ( yang ditemui )?” Rasulullah bersabda, “Tidak boleh.” Kami bertanya lagi, “Adakah kami boleh berpelukan jika saling bertemu?” Beliau bersabda, “Tidak boleh. Yang benar hendaklah kalian saling bersalaman.”

( Sunan Ibnu Majah, no. 3692. Dinilai hasan oleh al-Albani )

Anas B. Malik radhiyallahu ‘anhu berkata:

قَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ الرَّجُلُ مِنَّا يَلْقَى أَخَاهُ أَوْ صَدِيقَهُ أَيَنْحَنِي لَهُ قَالَ لَا قَالَ أَفَيَلْتَزِمُهُ وَيُقَبِّلُهُ قَالَ لَا قَالَ أَفَيَأْخُذُ بِيَدِهِ وَيُصَافِحُهُ قَالَ نَعَمْ

“Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, adakah kami boleh saling menundukkan ( atau membongkokkan ) badan apabila salah seorang dari kami bertemu dengan saudaranya atau sahabatnya?” Rasulullah menjawab, “Tidak.” Lelaki tersebut bertanya lagi, “Adakah boleh mendakapnya ( memeluknya ) dan menciumnya?” Rasulullah menjawab, “Tidak.” Lelaki itu bertanya lagi, “Adakah boleh mengambil tangannya dan bersalaman dengannya?” Rasulullah menjawab, “Ya.”.”

( Sunan at-Tirmidzi, no. 2728. Dinilai hasan oleh at-Tirmidzi dan al-Albani )

Imam al-Qurthubi rahimahullah ( Wafat: 671H ) berkara:

وَرَوَى أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ قَالَ: قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيَنْحَنِي بَعْضُنَا إِلَى بَعْضٍ إِذَا الْتَقَيْنَا؟ قَالَ:" لَا"، قُلْنَا: أَفَيَعْتَنِقُ بَعْضُنَا بَعْضًا؟ قَالَ" لَا". قُلْنَا: أَفَيُصَافِحُ بَعْضُنَا بَعْضًا؟ قَالَ" نَعَمْ"

Diriwayatkan daripada Anas B. Malik, beliau berkata, “ Kami bertanya:

“ Wahai Rasulullah bolehkah kami saling membongkokkan ( menundukkan ) badan apabila kami bertemu?” Rasulullah menjawab, “Tidak.” Anas bertanya, “Untuk saling berpelukan di antara satu dengan lain?” Rasulullah menjawab, “Tidak.” Anas bertanya lagi, “Dengan saling bersalaman di antara satu dengan yang lain?” Rasulullah menjawab, “Ya.”
( Tafsir al-Qurthubi, 9/265 )

Imam al-Qurthubi mengatakan:

وَإِذَا سَلَّمَ فَإِنَّهُ لَا يَنْحَنِي، وَلَا أَنْ يُقَبِّلَ مَعَ السَّلَامِ يَدَهُ، وَلِأَنَّ الِانْحِنَاءَ عَلَى مَعْنَى التَّوَاضُعِ لَا يَنْبَغِي إِلَّا لِلَّهِ. وَأَمَّا تَقْبِيلُ الْيَدِ فَإِنَّهُ مِنْ فِعْلِ الْأَعَاجِمِ، وَلَا يُتَّبَعُونَ عَلَى أَفْعَالِهِمُ الَّتِي أَحْدَثُوهَا تَعْظِيمًا مِنْهُمْ لِكُبَرَائِهِمْ

“Tidak boleh bersalaman ( atau menghulur tangan ) diiringi dengan membongkokkan badan dan mencium tangan. Membongkokkan badan dalam maksud atau tujuan kerendahan hati hanya boleh ditujukan kepada Allah ( Subhanahu wa Ta’ala ). Adapun mencium tangan, itu adalah perbuatan orang-orang ajam ( selain ‘Arab ) yang dilakukan dengan maksud memuliakan orang-orang tuanya.”

( Tafsir al-Qurthubi, 9/266 )

Makanala Syaikh al-Albani rahimahullah dalam ash-Shahihah, tentang perbuatan mencium tangan ( tanpa menundukkan kepala ), beliau mengatakan ( secara ringkas ):

Dibolehkan mencium tangan dari kalangan ulama ( orang-orang soleh dan berilmu ) dengan beberapa syarat. ( Ulama yang dimaksudkan adalah ulama Ahlu Sunnah wal-Jama’ah ).

[ Pertama ] Antaranya tidak dijadikan sebagai kebiasaan, kerana para sahabat Nabi sendiri tidak biasa mencium tangan Nabi. Dan orang yang dicium tangannya tersebut tidak menghulurkan tangannya supaya dicium.

[ Kedua ] Tidak menjadikan orang yang dicium tangannya tersebut riya’, sombong, dan merasa lebih baik dari yang lain.

[ Ketiga ] Tidak menghilangkan sunnah bersalaman tangan sebagaimana biasa yang dianjurkan oleh Sunnah Rasulullah.

( Rujuk Silsilah al-Ahaadits ash-Shahihah, 1/159 )

Adapun perbuatan saling berpelukan ( berdakapan ) dibenarkan apabila pulang dari musafir atau setelah lama tidak bertemu. Tetapi jika menjadikan ianya sebagai kebiasaan ( selain dari ketika balik safar ), maka tidak dibolehkan ( makruh ). Ini sebagaimana diriwayatkan dari amalan para sahabat Nabi.

كان أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم إذا تلاقوا تصافحوا، و إذا قدموا من سفر تعانقوا

“ Bahawasanya para sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam apabila bertemu mereka saling bersalaman, dan apabila pulang dari safar ( bermusafir ), mereka saling berpelukan.”

( Majma’ az-Zawa’id, 8/75. Kata al-Haitsami, “Diriwayatkan oleh ath-Thabrani dalam al-Ausath dan para perawinya adalah perawi kitab ash-Shahih.” Dinilai sahih oleh al-Albani )

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَا مِنْ مُسْلِمَيْنِ يَلْتَقِيَانِ فَيَتَصَافَحَانِ إِلَّا غُفِرَ لَهُمَا قَبْلَ أَنْ يَفْتَرِقَا

“Tidaklah dua orang muslim yang bertemu kemudian saling bersalaman melainkan dosa keduanya akan diampunkan ( oleh Allah ) sebelum ia berpisah.”

( Musnad Ahmad, no. 18547. Sunan Abu Daud, no. 5212. Sunan at-Tirmidzi, no. 2727. Sunan Ibnu Majah, no. 3693. Dinilai sahih oleh al-Albani dan Syu’aib al-Arnauth )

.
.
.

#################################

Sekianlah hasil penulisan berikut, berdasarkan kepada ulasan penulis kemudian ditutup dengan ulasan penulis beserta hadith-hadith dilampirkan bersama ... Apakah pandangan anda tentang ...

Salam Cium Tangan vs Salam Hantuk Kepada ( Merujuk Kepada Seorang Anak Kepada IbuBapanya dan Seorang Anak Kepada Gurunya )

Mohon Ulasan Berilmiah dari rakan pembaca demi kesinambungan etika bersalaman dikalangan anak-anak muda bangsa Melayu masa kini dan akan datang ..

Wallahua'lam
Sekian, Terima Kasih.

Post a Comment

0 Comments