Pertanyaan Anda ?

PENDIDIKAN KO-KURIKULUM

Pendidikan ko-kurikulum merupakan salah satu aktiviti/program yang ditekankan pelaksanaannya dalam pendidikan prasekolah di kelas-kelas Tabika Perpaduan.Objektif utama pelaksanaannya adalah sebagai mekanisme penyemaian dan pemupukan sikap kendiri dan personaliti seimbang di kalangan kanak-kanak.

Antara jenis aktiviti/program tersebut:

Kelas Fardu Ain, Pertandingan Kesenian, Muzik dan Budaya (Melukis, Mewarna, Membaca, Bercerita, Tarian, Bersajak, Pakaian Beragam, Permainan Muzik dan Pertandingan Lagu Patriotik, Sukaneka,  Tabikarama, Program Bumi Hijau, Lawatan Sambil Belajar, Sambutan Hari Bersejarah, Sambutan Hari Peristiwa, Sambutan Harijadi dan Perayaan Pelbagai Kaum)



Kegiatan ini juga menjadi asas kepada ibu bapa/penjaga dan masyarakat setempat untuk berinteraksi dan bertemu dalam kegiatan kemasyarakatan melalui program yang dilaksanakan. Pertemuan dan perjumpaan yang sering dilaksanakan melalui kegiatan kelas dan ko-kurikulum ini didapati memberi impak positif terhadap pemupukan sosialisasi yang sihat dalam kalangan masyarakat setempat.

Pola sosialisasi yang kerap berlaku ini akan mewujudkan hubungan, interaksi dan semangat perpaduan dalam kalangan kanak-kanak, ibu bapa serta masyarakat umum. Mengikut analisa "Kajian Keberkesanan Kurikulum dan Ko-Kurikulum Serta Latihan Guru Tabika Perpaduan" yang dilaksanakan oleh Profesor Dr. Fatimah Daud pada tahun 2007 menunjukkan bahawa kegiatan ko-kurikulum telah membantu dalam penyemaian perpaduan kaum. Pelaksanaannya juga didapati pada tahap yang baik dan memuaskan. Oleh yang demikian, langkah-langkah bagi meningkatkan pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum perlu diteruskan.

Post a Comment

0 Comments