Tarikh Pembayaran Yuran Bulanan

Tarikh Pembayaran Yuran Bulanan

Mungkin Inilah Dikatakan Dilema Seorang Suami?

Nota Editor : Kisah ini ditemui di Facebook. Penulis asal tidak dapat dijejaki namun kami percaya ada antara drama ini pernah dilalui oleh para suami dalam menghadapi kerenah isteri.

Korang mcm ni ke?

Drama 1

Laki telefon,

Laki : Yang oii, Abang kat kedai mamak ni. Awak nak pesan apa-apa?
Bini : Tak mau bang, bini awak diet.

Laki pun balik rumah, goyang tangan tak beli apa-apa. Sampai rumah, tengok bini tarik muka moncong macam cencorot. Siap majuk-majuk. Lari tidur bilik sebelah.

Bila laki tanya balik,
Laki : Kan tadi awak yang tak mau pesan apa-apa yang oiii.
Bini : Memangla orang kata tak mau apa-apa. Tapi belikan jer la apa-apa. Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr.
Laki : Eh, bini aku ni. Yang mana satu ni?

Drama 2

Laki telefon bini,

Laki : Petang ni awak nak masak apa Yang?
Bini : Alaaahhh. Hari-hari kena masak, penatlah bang! Balik kerja ni Abang makan siap-siaplah

Laki pon, balik kerja singgah kedai mamak tibai nasik beriyani kari kamben baekk punya. Sampai umah, sendawa bau kamben. Tiba-tiba. Bini jerit panggil suh makan!

Bini : Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam, sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!
Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja, sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben!
Merajuk lagiii. Tido bilik sebelah lagi!!

Laki : Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?

Drama 3

Bini : Abang ni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah! Bini abang penat tau nak kemas umah semedang, awat abang tak kuar pi mancing ker. Pi main bola ke. Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih

Si laki punyala seronok weeiii. Dan-dan bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta. Bila dah siap, kuar bilik. Tengok hanak bini dah siap-siap pakai baju lawa.

Bini : Bangggg, bini awak sama hanak-hanak ikut awak eh?

Drama 4

Laki : Bang, ujung minggu ni balik kampung nak?
Bini : Abang keja lah yang
Laki : Abang hantar bini abang dengan hanak-hanak dah la bang, pastu abang balik la KL balik
Lepas dah hantar hanak bini balik Sg Petani Esoknya, laki pon start keta. Nak balik KL. Baru sampai Taiping, talipon berbunyi. Bini dia talipon.
Bini : Abang bila nak balik ambik kitorang bang?

Drama 5

Bini : Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau. Abang tak kesian bini abang ker. Dah kelupas-kelupas kulit jari tau. Asik basuh kain jer. Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang.

Laki pon, dengan muka rebel. Masuk bilik rahsia. Lipat kain. Sekali, bini masuk bilik nak usha line. Tetiba jer kena petir plak.

Bini : Apa awak lipat kain macam ni banggg? Kenapa sudut kanan tak align dengan sudut kiri nih? Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam? Kenapa spender ni awak lipat tiga? Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Drama 6

Bini : Nah hambik anak ni bang. Pakaikan pampers, pakaikan baju. Bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi.

Laki : Nak bagi pakai baju mana ni Yang?

Bini : Alah abang ni kan baju anak ada 8 bakul tu. Pakaikan jerlah baju mana-mana pon. Bukan ada orang nk tengok ponnn.

Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju.

Bini : Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg! Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah? kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha.

Kesian lelaki. Alahaii.

0 Ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Badge

Arkib Blog

Tentang Tabika Perpaduan

Jabatan Perpaduan dan Integrasi nasional ( Seberang Perai tengah, Pulau Pinang )
---------------------------------
01. Info Tabika Perpaduan
---------------------------------

Tabika Perpaduan ( Taman Bimbingan Kanak-kanak ) mula diperkenalkan pada tahun 1976 di bawah Rancangan Perhubungan Masyarakat iaitu sebanyak 25 buah kelas ditubuhkan sebagai projek rintis. Ia diwujudkan di bandar dan pinggir bandar khususnya kawasan yang mempunyai Rukun Tetangga. Tabika Perpaduan dilaksanakan bagi menyediakan pendidikan awal kanak-kanak berumur 4 – 6 tahun bagi membolehkan mereka menghayati nilai-nilai perpaduan, hidup bermasyarakat serta persediaan ke alam persekolahan kelak.

Bacaan Terbaru