Tarikh Pembayaran Yuran Bulanan

Tarikh Pembayaran Yuran Bulanan
Anda tahu tidak kenapa kita perlu bersenam ? 

Faedahnya banyak. Dengan bersenam, badan kita akan jadi sihat dan kuat. Kita juga akan jauh daripada pelbagai penyakit. Antara faedah lain daripada bersenam ialah:
Senaman dapat meningkatkan kelembutan ( kelenturan otot ) dan membina kekuatan otot.

Jantung bekerja lebih cekap ketika bersenam dan berehat.


Meningkatkan kadar nadi dan mencegah pengerasan arteri, serta dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Arteri yang keras merupakan penyebab utama berlakunya tekanan darah tinggi yang boleh membawa penyakit jantung dan angin ahmar (strok).
Meningkatkan keupayaan badan mengawal paras glukosa darah. Membantu mengawal lipid darah yang tidak normal.

Menguatkan tulang dan meningkatkan imbangan. Ini akan membantu mencegah atau memperlahankan proses osteoporosis ( kereputan tulang ) dan mengurangkan risiko daripada terjatuh yang boleh menyebabkan patah pinggang atau kecederaan yang lain.
Kanak-kanak yang kurus lebih aktif berbanding kanak-kanak yang gemuk.

.
.
.

0 Ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Badge

Arkib Blog

Tentang Tabika Perpaduan

Jabatan Perpaduan dan Integrasi nasional ( Seberang Perai tengah, Pulau Pinang )
---------------------------------
01. Info Tabika Perpaduan
---------------------------------

Tabika Perpaduan ( Taman Bimbingan Kanak-kanak ) mula diperkenalkan pada tahun 1976 di bawah Rancangan Perhubungan Masyarakat iaitu sebanyak 25 buah kelas ditubuhkan sebagai projek rintis. Ia diwujudkan di bandar dan pinggir bandar khususnya kawasan yang mempunyai Rukun Tetangga. Tabika Perpaduan dilaksanakan bagi menyediakan pendidikan awal kanak-kanak berumur 4 – 6 tahun bagi membolehkan mereka menghayati nilai-nilai perpaduan, hidup bermasyarakat serta persediaan ke alam persekolahan kelak.

Bacaan Terbaru