Tarikh Pembayaran Yuran Bulanan

Tarikh Pembayaran Yuran Bulanan

Dimulai dengan :-

> Istirghfar
> Selawat ke atas Nabi Muhammad & Keluarga
> Surah Ummul Kitab : Al-Fatihah

.
.
.

Ya Allah … Ya Rahman ... Ya Rahim

Segala selawat, salam dan keberkatan buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, sekelian ahli keluarga baginda dan seluruh sahabat-sahabat, selanjutnya, para ilmuan-ilmuan Islam, alim-alim ulamak moga dirahmati Allah.

Dipagi yang berkat ini, kami menadah tangan memohon kepada Mu, ampunilah dosa-dosa kami, kedua ibu bapa kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, rakan-rakan kami, juga muslimin dan muslimat, mu'minin dan mu'minat samada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

Ya Allah … Ya Rahman ... Ya Rahim

Kurniakanlah kepada kami ilmu pengetahuan yang bermanfaat, kefahaman yang luas akan ilmu, hiasilah diri kami dengan kesopanan, muliakan kami dengan ketaqwaan, segarkan tubuh kami dengan kesihatan dan berkatilah diri kami dengan keredhaan-Mu ya Allah.

Ya Allah … Ya Rahman ... Ya Rahim

Pereratkan hubungan kami sebagaimana engkau persaudarakan Muhajirin dan Ansar, jauhkan hasad dan dengki sebagaimana engkau jauhkan langit dan bumi dan rahmatilah diri kami sebagaimana engkau merahmati kehidupan para nabi.

Ya Allah … Ya Rahman ... Ya Rahim

Pelajar-pelajar kami hadir di hari ini untuk mengerah keringat dan tenaga demi mengejar cita-cita serta mencapai azam yang dicipta. Jadikanlah anak-anak didik kami ini insan yang berguna, taat kepada perintah agama, menyayangi ibu bapa, beradab kepada guru dan cintakan ilmu. Bangkitkan dalam jiwa mereka semangat untuk membela nasib keluarga, memartabatkan bangsa dan agama serta mengharumkan nama negara ke seluruh dunia.

Ya Allah … Ya Rahman ... Ya Rahim

Bantulah kami guru guru dalam menyebarkan ilmu di sekolah ini, menerapkan nilai-nilai murni dan menghasilkan pelajar-pelajar yang berkualiti. Semoga mereka menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Ya Allah … Ya Rahman ... Ya Rahim

Kami mohon kesempurnaan, jangan engkau kurniakan kecacatan, kami mohon kemuliaan, jangan campakkan kepada kami kehinaan, kami mohon kebahagiaan, jangan duga kami dengan kedukaan dan kami mohon keredhaan, jangan bunuh kami dengan kemurkaan.

Ya Allah … Ya Rahman ... Ya Rahim

Sesungguhnya Engkau maha mengetahui apa yang lahir dan tersembunyi, maka terimalah keuzuran kami ini, Engkau maha mengetahui hajat kami, maka perkenankanlah permohonan kami dan Engkau memang mengetahui kandungan hati kami, kerana itu, ampunilah dosa-dosa kami.

0 Ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Badge

Arkib Blog

Tentang Tabika Perpaduan

Jabatan Perpaduan dan Integrasi nasional ( Seberang Perai tengah, Pulau Pinang )
---------------------------------
01. Info Tabika Perpaduan
---------------------------------

Tabika Perpaduan ( Taman Bimbingan Kanak-kanak ) mula diperkenalkan pada tahun 1976 di bawah Rancangan Perhubungan Masyarakat iaitu sebanyak 25 buah kelas ditubuhkan sebagai projek rintis. Ia diwujudkan di bandar dan pinggir bandar khususnya kawasan yang mempunyai Rukun Tetangga. Tabika Perpaduan dilaksanakan bagi menyediakan pendidikan awal kanak-kanak berumur 4 – 6 tahun bagi membolehkan mereka menghayati nilai-nilai perpaduan, hidup bermasyarakat serta persediaan ke alam persekolahan kelak.

Bacaan Terbaru