Pertanyaan Anda ?

Daripada Dia Kita Datang, Kepada Dia Akan Kita Dikembalikan, AlFatihah Buat Tok Saudara Cikgu Sha.

Assalamualaikum w.b.t,
Salam Sejahtera dan
Salam Perpaduan.

Pada hari ini, satu kisah mengejutkan dan mendukacitakan berlaku dikalangan tenaga pengajar Tabika Perpaduan Pangsapuri Permata, Bandar Baru Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Salah seorang daripada ahli keluarga Cikgu Sha, iaitu Tok Saudara beliau telah dijemput Ilahi kerana Sakit Tua. Beliau yang pada mulanya hadir mengendali dan menguruskan tabika seperti mana selalu bersama-sama Cikgu Azimah telah dikejutkan dengan panggilan telefon sekitar jam 8:00 pagi hari ini berkenaan Tok Saudara beliau yang meninggal dunia.

Sehubungan itu, saya mewakili seluruh ...

"Warga Kerja : Komuniti Guru, IbuBapa, Penjaga, Pelajar, Bekas Pelajar dan Bakal-Bakal Pelajar - Tabika Perpaduan Pangsapuri Permata "...

Dengan rendah hati dan berdukacita di atas pemergian Arwah memohon disedekahkan seikhlasnya Doa, Al-Fatihah, Yasin & Takziah buat diri Arwah. Semoga Arwah Ditempatkan Bersama-sama, Dikalangan Insan2 Beriman, Beramal Soleh dan Dimuliakan Allah.

Aamiin, InsyaAllah.

Sekian untuk makluman semua.

( Mohon Disebarluaskan [ copy / paste / share ] kepada kenalan lain dengan niat memuliakan jenazah. Mudah2an sedikit jariah buat kita yang juga bakal menyusul suatu masa nanti. Khususnya supaya semakin ramai mensedekah dan mendoakan Arwah. InsyaAllah. Aamiin )

Wallahua'lam.

َ‎
.
.
.

Post a Comment

0 Comments