Tarikh Pembayaran Yuran Bulanan

Tarikh Pembayaran Yuran Bulanan

ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم

Salam Sejahtera,
Salam 1Malaysia,
Salam Perpaduan.

Alhamdulillah ... syukur kehadrat Ilahi di atas limpah kurniaNya "Hari Ini Dalam Sejarah" ... bagi para pelajar Tahun 2015 yang pertama kali menghadiri alam pra-persekolahan, menerima BUKU LATIHAN RASMI PERTAMA mereka di dalam hidupnya.

Bagi warga ibubapa dan penjaga lain, pasti sudah biasa mengalaminya. Namun, bagi seseorang ibubapa atau penjaga yang pertama kalinya menghantar anak ke pra-persekolahan lain pula ceritanya.

Walaupun demikian, tentulah para pelajar itu sendiri yang merasai akan keasyikkan, keghairahan dan kenikmatan menghadirkan diri ke alam pra-persekolahan. InsyaAllah.

Tabika Perpaduan Pangsapuri Permata ini yang terletak di Bandar Baru Perda dijayakan oleh 2 orang Tenaga Pengajar Terlatih iaitu Cikgu Sha dan Cikgu Azi. Berkat gigih kedua tenaga pengajar ini selama beberapa tahun menjadikan Tabika Perpaduan Pangsapuri Permata kekal bertapak sejak tahun 2010 lagi di Kawasan Rukun Tetangga Pangsapuri Permata.

Tabika juga merupakan salah sebuah tabika diantara sebilangan 36 buah Tabika-Tabika Perpaduan di bawah pemantauan para Pegawai Perpaduan Daerah Seberang Perai Tengah ( SPT ), Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional ( SPT, Negeri dan Pusat ).

Semoga hasil pemantauan berterusan, para guru, ibubapa, penjaga, pegawai perpaduan daerah dan komuniti sekeliling, disokong pula oleh gerak kerja teras berpandukan kepada "acuan" Jabatan, diharapkan agar tahun 2015 bakal melahirkan lagi insan2 cemerlang, gemilang dan terbilang.

" Ya Allah Ya Tuhan Kami ... kepada-Mu kami memohon, kepada-Mu kami meminta pertolongan, rahmatilah anak2 didik kami, berkatilah mereka, kirniakan mereka ilmu yang bermanfaat, berikan mereka kefahaman yang luas, mudah2an mereka tergolong di dalam kalangan ummat yang sentiasa berfikir.

Perkenankanlah Ya Allah
Ya Zaljala Li Wal Ikram
Aamiin.

.
.
.

0 Ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Badge

Arkib Blog

Tentang Tabika Perpaduan

Jabatan Perpaduan dan Integrasi nasional ( Seberang Perai tengah, Pulau Pinang )
---------------------------------
01. Info Tabika Perpaduan
---------------------------------

Tabika Perpaduan ( Taman Bimbingan Kanak-kanak ) mula diperkenalkan pada tahun 1976 di bawah Rancangan Perhubungan Masyarakat iaitu sebanyak 25 buah kelas ditubuhkan sebagai projek rintis. Ia diwujudkan di bandar dan pinggir bandar khususnya kawasan yang mempunyai Rukun Tetangga. Tabika Perpaduan dilaksanakan bagi menyediakan pendidikan awal kanak-kanak berumur 4 – 6 tahun bagi membolehkan mereka menghayati nilai-nilai perpaduan, hidup bermasyarakat serta persediaan ke alam persekolahan kelak.

Bacaan Terbaru